- “Sukar memberi jaminan kejayaan misi GSF kali ini kerana sejarah percubaan menghantar bantuan ke Gaza sebelum ini banyak yang gagal. Pada pandangan saya, peluang untuk menembusi sekatan Israel kali ini amat tipis,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
- Namun begitu, Mohd Yazid menambah bahawa misi berskala besar itu tetap membawa kesan tersendiri dengan memberi tekanan berterusan kepada Israel.
KUALA LUMPUR – Harapan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza untuk berjaya melepasi sekatan Israel dilihat amat tipis, menurut pakar undang-undang antarabangsa.
Profesor Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, penilaian itu berdasarkan pengalaman misi bantuan terdahulu yang sering digagalkan oleh rejim Zionis.
“Sukar memberi jaminan kejayaan misi GSF kali ini kerana sejarah percubaan menghantar bantuan ke Gaza sebelum ini banyak yang gagal. Pada pandangan saya, peluang untuk menembusi sekatan Israel kali ini amat tipis,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
Namun begitu, Mohd Yazid menambah bahawa misi berskala besar itu tetap membawa kesan tersendiri dengan memberi tekanan berterusan kepada Israel.
“Kali ini skalanya lebih besar, dengan penyertaan ramai aktivis serta sokongan pelbagai negara. Ia mungkin meningkatkan peluang sebahagian bantuan sampai, atau sekurang-kurangnya memberi tekanan politik dan kemanusiaan yang lebih besar kepada Israel. Tetapi Israel sudah lali dengan kecaman. Hanya tindakan tegas di peringkat negara, seperti memutuskan hubungan diplomatik, yang mampu benar-benar memberi kesan,” jelasnya.
Beliau turut menekankan bahawa keselamatan kru misi itu bergantung sepenuhnya pada reaksi Israel serta tahap kawalan antarabangsa.
“Walaupun konvoi ini berada di perairan antarabangsa dengan hampir 50 kapal dan aktivis dari pelbagai negara, pengalaman lalu menunjukkan risiko tinggi seperti pemintasan tentera laut, penahanan kru, atau keganasan. Kehadiran negara-negara peserta dan liputan media antarabangsa mungkin memberi perlindungan diplomatik, tetapi ancaman serangan atau penahanan tetap ada,” katanya lagi.
Menurutnya, tindakan agresif Israel juga boleh berlaku sebagai usaha menghalang inisiatif kemanusiaan sebegini daripada berulang pada masa depan.
Dalam masa yang sama, Mohd Yazid menegaskan bahawa misi tersebut menyerlahkan tekad masyarakat antarabangsa menentang sekatan yang menyebabkan kebuluran di Gaza.
“Walaupun mungkin tidak sepenuhnya memecahkan sekatan, misi ini berjaya menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan, mengukuhkan solidariti rentas negara, dan menambah tekanan diplomatik ke atas Israel supaya membuka laluan bantuan. Ia juga membuktikan pentingnya kerjasama masyarakat sivil dalam isu kemanusiaan berpanjangan,” ujarnya.
Konvoi GSF kini sedang merentasi Laut Mediterranean dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan ke pesisir Gaza.
Misi ini melibatkan lebih 50 kapal dan disertai sukarelawan dari 44 negara, dengan tujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung tersebut.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment