NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Pemuda PAS Selangor seru rakyat sertai Himpunan Bantah RUU PSB 2025



  • Naib Ketuanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, PAS tidak menolak pembangunan, namun terlalu banyak kepincangan dalam draf RUU ini menimbulkan kebimbangan rakyat.
  • “Belum pun akta ini dikuatkuasakan, pemaju sudah bertindak kasar dengan menghalau penduduk secara paksa. Jika RUU PSB diluluskan, ia berpotensi mempercepatkan lagi pengusiran dengan alasan pembangunan semula tanpa memberi pilihan adil kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  • Beliau menyeru seluruh rakyat untuk turun beramai-ramai pada 4 Oktober ini di Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh rakyat untuk turun beramai-ramai pada 4 Oktober ini di Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dijangka diluluskan kerajaan.

Naib Ketuanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pengalaman di Kampung Sungai Baru sudah cukup membuktikan kelemahan dalam pelaksanaan undang-undang sedia ada, apatah lagi jika RUU PSB ini diluluskan tanpa penelitian rapi.

“Belum pun akta ini dikuatkuasakan, pemaju sudah bertindak kasar dengan menghalau penduduk secara paksa. Jika RUU PSB diluluskan, ia berpotensi mempercepatkan lagi pengusiran dengan alasan pembangunan semula tanpa memberi pilihan adil kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, PAS tidak menolak pembangunan, namun terlalu banyak kepincangan dalam draf RUU ini menimbulkan kebimbangan rakyat.

Antaranya, nilai ambang persetujuan yang terlalu rendah serta kuasa luas diberikan kepada Menteri yang berisiko membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

“Kita tidak mahu akta ini menjadi dalil bagi pihak berkepentingan untuk mengaut keuntungan dengan memanipulasi hak rakyat marhaen,” ujarnya.

Jelas Muhammad Faizzuddin lagi, Dewan Pemuda PAS Selangor menegaskan anak muda dan rakyat tidak boleh berdiam diri melihat dasar yang lebih menguntungkan pemaju berbanding kebajikan masyarakat.

“Himpunan ini adalah medan solidariti rakyat untuk menolak dasar yang menindas dan hanya menguntungkan pemaju. Rakyat perlu bangkit menunjukkan kecaknaan terhadap masa depan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh NGO, mahasiswa, pekerja, masyarakat setempat serta rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menyertai himpunan berkenaan.

“Kehadiran anda adalah tanda cinta kepada negeri dan negara ini.”tegasnya.- The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo