NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BUDI95: Penjimatan berbilion ringgit, rakyat untung atau terbeban?



  • Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, penjimatan besar kerajaan melalui BUDI95 memberi peluang untuk kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal serta menyalurkan dana tambahan kepada sektor pembangunan dan bantuan terus kepada rakyat.
  • Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula menekankan kesan langsung kepada isi rumah.
  • Jelasnya, penjimatan ini, akhirnya akan meningkatkan kuasa beli rakyat dengan wang yang dijimatkan pada petrol boleh digunakan untuk keperluan lain, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik melalui perbelanjaan pengguna.

KUALA LUMPUR – Isu subsidi petrol RON95 bukan lagi sekadar soal angka penjimatan berbilion ringgit yang diumumkan kerajaan. Persoalan sebenar ialah sejauh mana rakyat benar-benar merasai manfaatnya, dan siapa sebenarnya yang untung di sebalik langkah ini?

Selama ini, subsidi pukal sering dikritik kerana lebih menguntungkan golongan tertentu dan warga asing, manakala beban fiskal ditanggung rakyat sendiri.

Kini dengan pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kerajaan mendakwa ia lebih adil dan tepat sasaran. Namun, adakah perubahan ini benar-benar meringankan kos sara hidup, atau sekadar membuka ruang baharu untuk persoalan tentang keadilan dan keberkesanan dasar subsidi?

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, langkah kerajaan melaksanakan BUDI95 bukan sahaja menutup ruang ketirisan, malah menjimatkan berbilion ringgit daripada perbelanjaan negara.

Penjimatan besar ini memberi peluang untuk kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal serta menyalurkan dana tambahan kepada sektor pembangunan dan bantuan terus kepada rakyat.

Katanya, kerajaan kini menepati janji untuk memastikan subsidi hanya sampai kepada mereka yang benar-benar berhak.

“Apa yang kerajaan janji sebelum ini, kini ia ditepati, jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi menyalurkan subsidi petrol secara tepat kepada penerima serta elakkan daripada berlakunya ketirisan di samping menjimatkan kos perbelanjaan berbilion ringgit.

“Oleh itu secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan menyediakan ruang dasar yang lebih luas bagi menyalurkan dana atau bantuan kepada rakyat, perkukuh ekonomi serta pembangunan negara,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.

Jika sebelum ini subsidi pukal lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi atau warga asing yang tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kali ini ia lebih terarah kepada rakyat tempatan.

Langkah berkenaan bukan sahaja mengelakkan kerugian, tetapi juga mengembalikan prinsip keadilan dalam pengagihan subsidi.

“Kerajaan sedar, negara mengalami kerugian akibat ketirisan serta menguntungkan golongan-golongan tertentu daripada subsidi yang bersifat pukal sebelum ini. Langkah tersebut penting bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat.

“Dari satu lagi sudut, kita boleh lihat secara tidak langsung ia dapat menjimatkan perbelanjaan negara yang selama ini turut dinikmati oleh warga asing yang tidak membayar cukai atau menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.

“Saya percaya kerajaan dapat banyak panduan daripada peristiwa-peristiwa pentadbiran kerajaan lepas bagi meneliti dan memperincikan cara terbaik bagi laksanakan subsidi petrol RON95 yang memberi kebaikan kepada rakyat serta negara,” jelasnya.

Sementara itu, Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula menekankan kesan langsung kepada isi rumah.

Dengan penurunan harga petrol RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, walaupun nampak kecil pada angka, ia memberi penjimatan nyata apabila dikira secara bulanan.

“Sebagai contoh, jika suami dan isteri mempunyai lesen memandu serta sebiji kereta, banyak kos dapat dikurangkan dengan pengisian petrol. Secara tidak langsung ia dapat menambah pendapatan rakyat dan secara automatik meningkatkan kuasa beli rakyat sekali gus dapat menjana ekonomi negara,” katanya.

Jelasnya, penjimatan ini, akhirnya akan meningkatkan kuasa beli rakyat dengan wang yang dijimatkan pada petrol boleh digunakan untuk keperluan lain, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik melalui perbelanjaan pengguna.

Isu ketirisan subsidi sudah lama menjadi perbahasan. Selama ini, subsidi pukal menyebabkan golongan berkemampuan tinggi dan warga asing turut menikmati harga murah, sedangkan beban fiskal ditanggung negara. BUDI95 dilihat sebagai jawapan kepada masalah lama ini.

Semalam media melaporkan, harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter, berkuat kuasa 30 September ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI95 tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Perdana Menteri menyatakan semua warganegara layak menerima penyasaran BUDI95 dan dalam masa sama harga petrol di pam akan dinaikkan tanpa subsidi.

Pengguna bukan warganegara pula perlu membayar harga petrol RON95 sebanyak RM2.60 bermula pada tarikh sama. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Interesting perspective While discussions on national savings and economic policies are important, I feel that the real benefit for people comes when these savings translate into affordable housing and better living standards. For example, many families like mine are looking to Buy 2 BHK Flat in Noida as a long-term investment and government decisions can directly affect prices, loan accessibility and overall affordability.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo