NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aplikasi mudah alih MYSPPIM permudah urusan nikah, cerai dan kursus praperkahwinan



ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperluas penggunaan Aplikasi Mudah Alih Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (MySPPIM) bagi memudahkan orang ramai menguruskan pelbagai urusan perkahwinan secara dalam talian.

Menurut JAKIM, aplikasi itu membolehkan pengguna membuat permohonan kursus praperkahwinan, permohonan berkahwin, mendapatkan khidmat nasihat serta mengakses kad perakuan nikah dengan lebih mudah.

“Aplikasi ini turut boleh digunakan oleh pihak penguat kuasa untuk melakukan semakan status perkahwinan,” jelas jabatan itu dalam maklumat yang dikongsikan menerusi kit media sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di sini, semalam.

Selain itu, aplikasi berkenaan turut dilengkapi fungsi pendaftaran nikah, cerai dan rujuk secara dalam talian, selain capaian kepada sijil kursus praperkahwinan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan MySPPIM 2.0 sempena IJPAM 2025 yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IJPAM 2025 yang diadakan di sini selama enam hari bermula 8 Sept lepas menghimpunkan 20 agensi agama dan 2,400 penyertaan serta sarat dengan pelbagai pengisian termasuk Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam dan Seminar Halal Serantau.–AlHijrah Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo