NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trump kenakan 25% tarif ke atas Malaysia bermula 1 Ogos



KUALA LUMPUR –  Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif sebanyak 25% kepada mana-mana dan semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu bermula 1 Ogos ini.

Presiden Donald Trump berkata, kadar itu adalah “jauh lebih rendah” daripada apa yang diperlukan untuk menghapuskan defisit dagangan yang ketara negara itu dengan Malaysia.

Kadar ini juga lebih tinggi daripada tarif 24% yang pada awalnya dikenakan ke atas barangan eksport tertentu dari Malaysia ke AS, tetapi kemudian ditangguhkan selama 90 hari yang berakhir hari ini.

Dalam surat bertarikh 7 Julai 2025 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan disiarkan di platform Truth Social milik Trump, beliau menyatakan dasar perdagangan semasa Malaysia telah menjadikan hubungan dagangan dengan AS sebagai sesuatu yang berat sebelah dan tidak saling menguntungkan.

Trump menggariskan hubungan perdagangan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara tetapi menekankan keperluan untuk beralih ke rangka kerja yang lebih seimbang dan timbal balik.

Menurut beliau, “tarif, dasar bukan tarif dan halangan perdagangan” Malaysia sebagai penyumbang kepada ketidakseimbangan semasa.

Surat itu secara jelas menyatakan tarif 25% adalah tindak balas langsung kepada “ketidakseimbangan defisit perdagangan” ini.

Kandungan surat tersebut turut memberi amaran bahawa  barangan yang dipindahkan melalui Malaysia untuk mengelak tarif yang lebih tinggi akan tertakluk kepada kadar yang dinaikkan.

Trump juga menggalakkan penyertaan Malaysia yang lebih besar dalam ekonomi Amerika, yang disifatkannya sebagai “pasaran nombor satu” di dunia.

“Seperti yang anda sedia maklum, tiada tarif akan dikenakan jika Malaysia, atau syarikat dalam negara anda, memutuskan untuk membina atau mengeluarkan produk di AS,” katanya.

Trump juga mengeluarkan amaran berhubung kadar tarif Malaysia dengan menyatakan: “Jika atas apa-apa sebab anda memutuskan untuk menaikkan tarif anda, maka, apa jua jumlah yang anda pilih untuk menaikkannya, kami akan tambah kepada 25%”.

Trump menegaskan tarif ini “perlu untuk membetulkan bertahun-tahun tarif Malaysia, dan bukan tarif, dasar dan halangan perdagangan” yang telah membawa kepada “defisit perdagangan yang tidak mampan”.

Beliau mengisytiharkan defisit ini sebagai “ancaman besar kepada ekonomi dan,  keselamatan negara AS”.

Kandungan surat itu itu diakhiri dengan menyatakan untuk terus bekerjasama dengan Malaysia sebagai “rakan kongsi dagangan untuk beberapa tahun akan datang”.

Trump menyatakan tarif ini “mungkin diubah suai, ke atas atau ke bawah,” tetapi menegaskan Malaysia “tidak akan pernah kecewa dengan Amerika Syarikat”. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. That’s quite a bold move by Trump imposing a 25% tariff will definitely shake things up for Malaysia’s trade relations. In unpredictable economic climates like this, businesses really need to adapt fast. Partnering with a reliable SEO Agency in Karachi can help companies maintain their digital presence and reach global markets despite such policy shifts.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo