KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan hasratnya untuk melihat Malaysia kembali mengungguli pentas ekonomi Asia sebagaimana era kegemilangan negara suatu ketika dahulu.
Bercakap dalam satu majlis sempena sambutan hari lahirnya, bekas Perdana Menteri itu mengimbas kenangan manis ketika Malaysia pernah digelar sebagai Harimau Asia iaitu simbol kepada kekuatan ekonomi dan kemajuan negara.
“Pada hari lahir saya, saya ingin kembali ke zaman ketika Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan semula Galeria Sri Perdana di sini hari ini.
Beliau menekankan Malaysia masih memiliki kekayaan dan potensi yang besar untuk kembali ke era tersebut, namun ia menuntut pengurusan aset dan sumber yang berkesan.
“Maksud saya, kita boleh lakukannya. Malaysia sangat kaya. Tapi walaupun kita kaya dalam aset, jika kita tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan aset itu, menggunakan aset itu, kita tidak akan menjadi kaya,” tambahnya.
Dr Mahathgir juga percaya Malaysia mampu bangkit semula jika rakyat dan kepimpinan negara bersama-sama menumpukan usaha membangunkan negara secara berstrategi dan telus.
“Saya dapat melihat banyak potensi untuk Malaysia dan saya rasa kita boleh menjadi Harimau Asia lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment