Bekas menteri ekonomi itu menyifatkan tindakan sedemikian hanya membuang masa, berisiko menjejaskan hasil perancangan yang telah dirangka secara menyeluruh sebelum ini.
“Tapi rakyat yang waras akan kata, kamu (kerajaan) ini buang masa, biar sajalah benda itu sudah melalui prosesnya … sebelum ini pun kamu tak ada masalah (dengan RMK13).
“Hanya kerana dia letak jawatan, kamu hendak susahkan semua ini semata-mata boleh nampak ini bukan buah tangan dia … yang saya bimbang begini, dalam kegilaan untuk menangani kesan saya meletak jawatan ini, tiba-tiba kamu buat kerja tergopoh gapah,” katanya dalam episode audio siar Yang Berhenti Menteri.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mahu mengolah draf RMK13 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan.
Dalam pada itu, Rafizi mendedahkan, Kementerian Pendidikan (KPM) paling banyak tidak bersetuju terhadap kandungan awal RMK13 semasa proses rundingan antara kementerian awal tahun ini.
Katanya, draf itu kali terakhir dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Februari lepas, sebelum semua kementerian diberi peluang mengemukakan maklum balas.
“Saya ingat ada beberapa kementerian … yang paling banyak tidak bersetuju adalah KPM, kementerian lain sikit-sikit (sahaja),” katanya.
“Jadi pada Mac kita melalui proses itu … yang menjadi orang tengahnya, Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), yang mempengerusikan mesyuarat, jadi sudah ada persetujuan (tentang RMK13),” katanya.
Terdahulu dilaporkan Jemaah Menteri bersetuju Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mengambil alih tugas dan fungsi portfolio ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tugas utama Amir Hamzah adalah mengolah dan merombak semula intipati naskhah RMK13, mengambil kira maklumat tambahan dikemukakan kementerian serta pandangan dan ulasan oleh Jemaah Menteri.
Rafizi sebelum ini turut pernah mempersoalkan langkah ini, yang menurutnya timbul pada saat akhir, sedangkan tiada isu ‘rombakan semula’ yang dibangkitkan sepanjang beliau dan Kementerian Ekonomi membentangkan intipati RMK13 sebelum ini.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment