NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Reman Papa Berry layanan tak sama kes libat DAP




SHAH ALAM
: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS Selangor membantah permohonan polis untuk menahan reman pempengaruh politik, Fais Al-Hajari atau lebih dikenali sebagai ‘Papa Berry’, selama empat hari.

Pengarahnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, laporan polis asal dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sewaktu melakukan pemantauan media sosial berdasarkan satu posting di Facebook.

“Laporan polis seterusnya dibuat oleh ahli politik PAN. Siasatan dibuat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman membuat permohonan reman selama empat hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Bantahan telah dibuat berdasarkan undang-undang dan fakta kes yang berkaitan dan permohonan reman dikurangkan ke satu hari setelah Pegawai Mahkamah mendengar hujah pihak-pihak,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff yang mempersoalkan layanan berbeza oleh pihak berkuasa terhadap kes-kes melibatkan pemimpin DAP.

“Pelik saya bila tengok layanan berbeza diberikan kepada pimpinan DAP. Ketika Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How sesuka hati tafsir Al-Quran; dan Ahli Parlimen Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham cadangkan supaya bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa gubal undang-undang syariah.

“Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap ketika sambutan Krismas dalam bangunan kementerian.

“Tapi peliknya malaon DAP ini elok sahaja dipanggil hadir untuk ambil keterangan dan seorang pun tak kena tidur lokap, tak kena reman dan paling kelakar tak dikenakan pendakwaan. Jadi kenapa ada ‘double standard’?” katanya.

Beliau turut membandingkan bahawa kes-kes tersebut ada antaranya yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sendiri, namun tiada tindakan sekeras penahanan reman seperti dikenakan ke atas Fais.

“Papa Berry ini kalau dipanggil.. beliau pergi sahaja bagi kerjasama. Tak pernah lagi beliau lari bila dipanggil oleh pihak berkuasa. Insya-Allah saudara Papa Berry akan keluar hari ini.

“Saya doakan beliau terus bersemangat menghasut rakyat untuk lawan Kerajaan Madani Ketimbang,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/7/2025







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo