KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail senada dengan 160 ketua bahagian UMNO dari seluruh negara yang memohon Perdana Menteri agar melaksanakan titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan tindakan melaksanakannya wajar setelah kewujudan titah berkenaan telah pun diperakui oleh pihak pendakwaan.
”UMNO Pahang juga merakamkan penghargaan atas keterbukaan dan kesediaan Perdana Menteri untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu ini.
”UMNO Pahang menjunjung setinggi kasih di sisi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengabsahkan Titah Addendum berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Pahang di sini malam tadi.
Tambahnya, perkara itu turut diperjelas melalui warkah rasmi baginda yang diutuskan kepada Naib Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yang juga anakanda Najib pada 2 Disember 2024.
Warkah baginda secara tidak langsung turut mengabsahkan afidavit yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau sebagai Naib Presiden UMNO dalam prosiding mahkamah terdahulu yang sebelum ini diketepikan atas alasan hearsay.
Dalam pada itu katanya, antara perkara penting yang dibincangkan ialah persiapan jentera UMNO Pahang untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Selain itu turut dibincangkan ialah langkah awal menghadapi kemungkinan bencana banjir yang dijangka melanda Pahang. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment