NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH tumpu 3 perkara hadapi PRN Sabah



BANGI, 8 MUHARRAM — Pakatan Harapan (PH) Sabah  bersetuju untuk mempunyai satu garis masa bagi parti dalam PH menyelesaikan soal perundingan kerusi.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu adalah antara tiga perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, perkara kedua yang dipersetujui ialah pembentukan jentera pilihan raya mesti dilakukan sekarang dan bukan menunggu hingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Ketiga ialah pembentukan manifesto PH dan saya berpuas hati dengan kemajuan rundingan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Abai di Kota Belud, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiga perkara berkenaan adalah perkara utama bagi menghadapi PRN.

Mesyuarat PH Sabah dipengerusikan Saifuddin bersama Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Lahirul Latigu.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo