NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Amanah hargai Hilman, selar sikap Pemuda Pas sering tolak berdebat



KUALA LUMPUR – Beberapa usaha untuk menganjurkan perdebatan terbuka melibatkan isu-isu penting berkaitan bangsa dan negara terus mendapat halangan apabila pihak yang sering lantang bersuara memilih untuk tidak menyahut cabaran tersebut.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Dr. Nash Nahar berkata, Pemuda Pas Malaysia telah tiga kali menolak undangan untuk berdebat secara bersemuka, meskipun pelawaan dibuat dalam suasana penuh tertib dan hormat.

“Kalau tidak mencerca Amanah pun, Pemuda Pas akan jadi bisu bila diajak bermujadalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memetik Surah An-Nahl ayat 125 yang menyeru umat Islam berdakwah dengan hikmah dan berdebat dengan cara yang baik, sebagai bukti bahawa perbahasan terbuka adalah selaras dengan ajaran Islam.

“Jelas Allah menganjurkan debat (mujadalah). Namun Pas lebih gemar fitnah dan main persepsi jahat” dakwanya.

Bagaimanapun, Dr Nash menyatakan penghargaan terhadap Ketua Armada Bersatu Malaysia, Muhammad Hilman Idham yang tampil menyahut cabaran debat itu, walaupun yang sering bersuara lantang sebelum ini ialah Pemuda Pas.

“Alhamdulillah, kali ini disahut. Itupun Hilman dari Bersatu yang terima. Pemuda Amanah hargai keberanian Hilman,” katanya.

Menurut beliau, debat itu perlu dinilai dengan objektif dan rasional, bukan bersandarkan persepsi dan emosi semata-mata.

Dr Nash berkata, komitmen Amanah untuk terus memperjuangkan masa depan orang Melayu dalam kerangka sebuah negara yang adil dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.

“Kami tidak akan menyertai mana-mana payung yang melindungi kebobrokan, memayungi elit, dan membiarkan rakyat terus berhujan panas,” ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat, khususnya generasi muda Melayu-Islam, supaya menilai sesuatu isu dengan akal yang tajam dan hati yang jernih.

“Jangan kita biarkan agama dan bangsa terus dijadikan alat dan umpan dalam permainan kuasa yang tidak berkesudahan,” katanya.

Satu debat ekslusif di dalam Dialog MG di antara Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda dan Muhammad Hilman Idham akan berlangsung esok.

Dua tokoh muda ini bakal berhujah dalam satu pentas untuk mendedahkan pelbagai perspektif dan justifikasi berkaitan agenda Melayu-Islam dan hala tuju politik negara.

Saksikan pertembungan idea ini secara langsung pada jam 8.30 malam esok di semua platform digital MalaysiaGazette. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo