NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Papagomo bakal disaman Asyraf Wajdi



KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhasrat untuk menyaman blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebanyak RM1 juta kerana telah memfitnah beliau menerusi video di media sosial.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, tuduhan yang dibuat oleh blogger kontroversi berkennaan amat melampau dan mengaib serta menjejaskan nama baik beliau.

“Astaghfirullah, sejak bila saya terlibat dengan tender makan MRSM? Seluruh Malaysia tahu, saya sendiri #Terjah ke MRSM termasuk Dewan-Dewan Selera untuk pecahkan kartel yang antara penyebab kualiti penyediaan makanan yang menurun demi memastikan kebajikan dan keselesaan buat anak-anak pelajar.

“Sebagai Pengerusi MARA, saya tiada kuasa bahkan tidak pernah terlibat dalam mana-mana mesyuarat tender perolehan MARA kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif.

“Tetapi sebagai pengerusi, saya mengambil tanggungjawab bersama ahli-ahli Majlis MARA untuk perketatkan aspek tadbir-urus MARA bagi memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa berkaitan isu-isu tender seperti ini,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik ke media sosial beliau, malam ini.

Selain dituduh terlibat dalam tender makan di MRSM, Papagomo juga mendakwa Asyraf menggunakan wang Mara untuk membeli lembu korban sebelum diagihkan kepada penduduk-penduduk Gerik.

“Untuk pengetahuan semua, lembu-lembu itu semua adalah hasil sumbangan individu-individu dan sahabat-sahabat saya yang berniat korban untuk disumbangkan di Gerik dan Pasir Puteh Kelantan.

“Tidak ada satu sen wang Mara digunakan untuk membeli lembu-lembu korban seperti yang difitnah,” katanya lagi. -MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo