KUALA UMUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima pihaknya daripada salah sebuah parti politik.
Pada masa yang sama katanya, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga memulakan proses penyiasatan secara serentak.
“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek ini.
“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya.
Tambah beliau, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, sistem dan prosedur yang ditetapkan.
Sementara itu Zainul berkata siasata di buat di bawah Akta SPRM 2009.
KPKT sebelum ini dilapor menyerahkan dokumen berkaitan projek MyKiosk kepada SPRM.
Isu berkaitan MyKiosk menjadi perhatian dan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak apabila didakwa ditetapkan pada kadar harga yang mahal.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment