Bagaimanapun, Zahid berkata beliau akan membawa perkara itu ke MKT ‘apabila tiba masanya’.
“Biar MKT yang putuskan,” katanya kepada pemberita.
Zahid diminta mengulas satu video yang dimuat naik oleh Hishammuddin di media sosial di mana bekas naib presiden itu memberi bayangan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan terhadap penggantungnya atas faktor prinsip.
Pada 21 Jun lalu, Umno Sembrong meluluskan usul supaya kepimpinan parti menerima semula Hishammuddin.
Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi, ketika merasmikan mesyuarat bahagian Sembrong berjanji untuk membawa usul berkenaan kepada kepimpinan tertinggi parti.
Umno menggantung keahlian Hishammuddin selama enam tahun pada Januari 2023. Media memetik surat penggantungan itu melaporkan beliau digantung kerana tindakan melanggar fasal 20.9 perlembagaan parti, tanpa butiran lanjut.
Pada Disember tahun lalu, ada gesaan supaya Hishammuddin kembali kepada Umno selepas MKT menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Zahid dilapor berkata, Umno sedia terima Hishammuddin namun perlu mencontohi Tajuddin yang membuat rayuan.
Sementara itu, seorang ahli MKT yang enggan dinamakan berkata Onn Hafiz tidak menghadiri mesyuarat MKT malam tadi.
“Tiada perbincangan mengenainya,” kata sumber itu kepada FMT ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut membincangkan penggantungan Hishammuddin.
Beliau menjelaskan, kebiasaannya semua usul yang diluluskan oleh bahagian Umno akan dikumpulkan, ditapis dan disemak oleh satu jawatankuasa di ibu pejabat parti.
“Usul-usul ini kemudiannya akan diserahkan kepada satu lagi jawatankuasa yang ditugaskan untuk menentukan sama ada mahu bertindak, membincangkannya atau menolaknya.”
Sumber itu turut berkata bahawa Zahid hanya mengulangi kenyataan beliau sebelum ini – bahawa mana-mana ahli yang digantung mesti mengemukakan rayuan jika mahu penggantungan mereka ditarik balik.
Kata Sumber itu, Zahid turut memaklumkan dalam mesyuarat bahawa Hishammuddin mengetahui sebab di sebalik penggantungan beliau.
FMT menghubungi Onn Hafiz untuk mendapatkan komen.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment