KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo sah memperkuatkan bahagian serangan pasukan Kelantan Red Warriors (KRW) FC di Liga A1 Semi-Pro musim ini.
Pengumuman dibuat di laman media sosial rasmi Kelantan RW yang menyaksikan Norshahrul serta Presiden Kelab, Nik Hafiz Naim bergambar bersama selepas menandatangani kontrak.
Sebagai rekod, Norshahrul mewakili Harini FT dalam saingan Liga M3 musim 2023.
Sepanjang kariernya, dia pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebanyak 83 kali dan menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021.
Bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berusia 39 tahun itu begitu sinonim dengan Pantai Timur itu selepas dia pernah menjadi satu fenomena apabila membawa pasukan itu muncul kuasa bola sepak tanah air suatu ketika dahulu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment