NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua pemain S8UL digugurkan, Area 77 gantikan tempat di MSC 2025



Jawatankuasa MSC 2025 mengumumkan keputusan penting melibatkan pasukan wakil Amerika Utara, S8UL, yang kini tidak lagi layak untuk bertanding dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup (EWC) 2025. 

Dipetik dari kenyataan media rasmi Mobile Legends: Bang Bang Esports Official, keputusan ini susulan tindakan dua pemain utama mereka, Jang “Hoon” Seong-Hun dan Michael “Mobazane” Cosgun, didapati melanggar peraturan rasmi kejohanan.

Kedua-dua pemain tersebut menyertai satu acara yang dikaitkan dengan permainan MOBA pesaing, satu tindakan yang melanggar Seksyen 2 dalam MSC Penalty Index. 

Peraturan ini jelas menyatakan bahawa sebarang penglibatan ahli pasukan dalam acara atau aktiviti berkaitan permainan pesaing akan dikenakan penalti. 

Jawatankuasa MSC sebelum ini telah memberi beberapa peluang kepada pasukan S8UL untuk menarik diri daripada acara pesaing tersebut, namun pasukan tetap meneruskan penyertaan.

Akibatnya, Hoon dan Mobazane telah digugurkan serta-merta daripada kejohanan, menyebabkan pasukan S8UL gagal memenuhi syarat minimum daftar pemain – iaitu lima pemain utama, seorang pemain gantian dan seorang jurulatih – seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 3.1.1. S8UL juga tidak layak membuat pertukaran pemain kerana syarat Seksyen 5.2.3. hanya membenarkan perubahan atas alasan force majeure sebelum tarikh kunci daftar.

Berikutan pengguguran S8UL, slot wakil Amerika Utara kini diberikan kepada Area 77, naib juara NACT Spring 2025. 

Langkah ini diambil bagi memastikan integriti kejohanan dan ketelusan penguatkuasaan peraturan terus terpelihara.

Jawatankuasa MSC 2025 dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan semua pihak sambil menegaskan komitmen mereka untuk menegakkan standard tinggi dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang di peringkat antarabangsa.


Sumber | HarimauMalaya








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo