NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laungan `Turun Anwar’ akan terus jadi mantera rakyat – Khir Toyo



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berpandangan laungan `Turun Anwar’ akan terus menjadi mantera rakyat.

Menurut  bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, di mana-mana sahaja selepas ini ketika adanya perhimpunan aman, mantera itu akan berkumandang sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar jatuh.

Ujarnya, rakyat juga tidak akan berhenti setakat Himpunan Turun Anwar Sabtu lalu, apatah lagi himpunan itu berjaya menarik penyertaan orang ramai yang dengan berani dan yakin melaungkan slogan `Turun Anwar’.

Tambah beliau, menentang semangat rakyat seperti yang ditunjukkan menerusi himpunan itu sama seperti menentang tsunami, yang akhirnya menyaksikan kemenangan rakyat.

Malah, dakwa beliau, sejarah telah membuktikan tidak ada parti atau individu yang boleh menang sekiranya mahu menentang semangat rakyat tersebut.

“Tun Dr Mahathir sangat teliti dalam menyusun gerakan suara rakyat ini, gelombang ini tidak akan berhenti dengan perhimpunan 26 julai lalu.

“Gelombang suara rakyat ini akan semangkin besar dan suka atau tidak pmx (Perdana Menteri) tidak akan mampu menahannya,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Dakwa Dr Mohamad Khir, Anwar ketika ini juga dilihat bersendirian dalam menghadapi gelombang suara rakyat tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya berapa lama lagi beliau mampu bertahan.

“Rakyat akan terus bangun dan akan lebih berani menyahut seruan turun Anwar, gelombang suara rakyat turun Anwar akan terus membara, marilah kita bersama, bersatu untuk membesarkan lagi gelombang suara rakyat turun Anwar sehinggalah hasrat dan cita cita kita tercapai.

“Turun Anwar, turun Anwar, itu yang boleh selamatkan negara kita,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo