NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jerebu Selangor: Ibu bapa dibenarkan tidak hantar anak ke sekolah



SHAH ALAM – Ibu bapa dan penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak susulan situasi jerebu di Selangor dibenarkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah, kata Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin.

Beliau berkata, bagaimanapun ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran anak masing-masing kepada pihak sekolah.

“Pengetua dan Guru Besar juga diminta untuk memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa melalui laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membolehkan tindakan segera dan bersesuaian diambil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jamaliah berkata, semua sekolah di Selangor juga telah menerima surat siaran yang menggariskan langkah-langkah perlu diambil sekiranya bacaan IPU di kawasan sekolah mencapai paras tidak sihat iaitu melebihi 100 atau berbahaya.

Beliau berkata, langkah itu termasuk menangguhkan aktiviti luar kelas bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua murid berada dalam keadaan baik manakala semua sekolah mesti ditutup dengan serta-merta jika IPU melebihi 200.

Jamaliah berkata, setakat hari ini tiada kes penyakit yang dikaitkan dengan fenomena jerebu dilaporkan di Selangor dan dapatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut mengesahkan tiada kes strok haba direkodkan.

Beliau berkata, JKNS akan terus melaksanakan pemantauan rapi terhadap penyakit yang dikaitkan dengan fenomena tersebut.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata, situasi jerebu di negeri ini menyaksikan empat kawasan mencatatkan penurunan bacaan IPU iaitu Petaling Jaya (83), Klang (80), Banting (81) dan Johan Setia (88) berbanding 150 yang direkodkan sebelum ini.

Beliau berkata, kualiti udara di Shah Alam berada pada tahap sederhana itu 90 manakala Kuala Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 126, berbanding IPU 87 dan 86 yang direkodkan di kedua-dua kawasan itu semalam.

Jamaliah berkata, JAS Selangor juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka antara lain bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara sepanjang tempoh cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata, surat arahan juga telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemilik ladang untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan ketat bagi mengelak kebakaran selain meningkatkan kempen kesedaran awam.

“Bagi memperkukuh pelaksanaan di lapangan, rondaan turut dijalankan di kawasan berisiko tinggi selain melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan hotspot yang dikenal pasti,” katanya. – Bernama











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya

    Akhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.

    Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.

    DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.

    DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh

    DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini

    LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo