BANGI, 4 SAFAR – Hutang Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.3 trilion pada akhir Jun lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kadar pertambahan hutang menunjukkan trend perlahan.
Menurutnya, peningkatan hutang daripada RM1.25 trilion pada akhir 2024 didorong terutama oleh keperluan pembiayaan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk infrastruktur awam, pendidikan, penjagaan kesihatan dan program perlindungan sosial.
Katanya, kadar pertumbuhan hutang tahunan juga menunjukkan penurunan, daripada 10.2 peratus pada 2022 kepada 6.4 peratus pada 2024 dan dijangka terus menyusut kepada sekitar 6 peratus pada 2025.
“Bagi menyokong kelestarian fiskal jangka panjang, kerajaan sedang memperluaskan asas hasil negara, mengoptimumkan perbelanjaan awam, terutama melalui penyasaran semula subsidi dan semakan menyeluruh terhadap perbelanjaan.
“Kerajaan juga memastikan pinjaman kerajaan hanya digunakan untuk projek pembangunan berimpak tinggi,” katanya ketika menjawab soalan lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Hui Ying berkata, kerajaan juga mengehadkan pendedahan jaminan kewangan kepada 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Selain itu, katanya kerajaan mempromosikan lebih banyak model “bayar oleh pengguna” melalui Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) bagi mengurangkan tekanan fiskal.
Menurutnya, jumlah keseluruhan liabiliti kerajaan, termasuk jaminan komited dan obligasi di bawah perkongsian awam-swasta, sebanyak RM384.6 bilion setakat akhir Mac lalu, sedikit menurun berbanding RM384.8 bilion pada akhir 2024.
Sehubungan itu bagi memperkukuhkan tadbir urus, meningkatkan akauntabiliti dan menambah baik kecekapan institusi, katanya kerajaan sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan serta satu lagi RUU bagi mengawal selia syarikat milik kerajaan (GLC).
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Interesting perspective on Malaysia’s rising debt! It really shows how financial decisions at a national level can impact everyday lives. On a personal scale, making smart choices like when people decide to Buy Flat in Noida Extension is just as important for securing stability and future growth.
ReplyDelete