NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan gesa kerajaan tangguh peluasan cukai perkhidmatan



GEORGE TOWN – Parti Gerakan menggesa Kerajaan Perpaduan supaya membuat pertimbangan semula terhadap keputusan menyemak semula kadar cukai jualan dan memperluaskan skop cukai perkhidmatan mulai 1 Julai depan.

Timbalan presidennya, Oh Tong Keong berkata, pelaksanaan dasar itu perlu ditangguhkan atau dimansuhkan sehingga ekonomi negara benar-benar pulih agar rakyat dan semua sektor perniagaan tidak terus tertekan dalam keadaan semasa.

Jelas beliau, langkah memperluaskan skop cukai perkhidmatan pada waktu ini hanya akan menambah beban rakyat yang sudah pun berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

“Keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta kelembapan pemulihan ekonomi domestik menjadikan rakyat dan perniagaan terus terkesan, sekali gus menjadikan dasar percukaian baharu ini tidak wajar dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Pengumuman Belanjawan 2024 yang mencadangkan penyemakan semula cukai dibuat ketika keadaan ekonomi negara lebih stabil berbanding sekarang.

“Oleh itu, kerajaan seharusnya mengkaji semula cadangan terdahulu dan bukannya meneruskan pelaksanaan cukai hanya untuk menambah hasil negara tanpa mengambil kira kemampuan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Tong Keong turut membidas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang menyatakan pelaksanaan itu tidak akan membebankan rakyat. 

Beliau menyifatkan kenyataan tersebut sekadar retorik kerana setiap kali kerajaan menaikkan caj kemudahan awam atau menarik subsidi, rakyat tetap menjadi mangsa yang menanggung kesannya.

“Walaupun kerajaan mendakwa cukai baharu hanya dikenakan ke atas barangan mewah atau bukan keperluan asas, rakyat tetap terjejas kerana mereka telah sedia membayar cukai pendapatan tahunan. 

“Kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk projek seperti MyKiosk, tandas awam mewah, dan derma jutaan ringgit kepada negara luar yang dilanda perang sedangkan ramai rakyat tempatan masih memerlukan bantuan dan infrastruktur asas yang lebih baik.

“Sehubungan itu, Gerakan menegaskan bahawa setiap dasar cukai perlu berlandaskan prinsip “rakyat didahulukan” dengan mengambil kira realiti semasa. Reformasi fiskal yang dibuat secara tergesa-gesa hanya akan mengurangkan kuasa beli rakyat, menjejaskan keyakinan pasaran dan melambatkan proses pemulihan ekonomi negara,” katanya. – MalaysiaGazette 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo