KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan hari ini memutuskan untuk melantik semula Datuk Dr Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung PKR.
Mesyuarat itu turut memutuskan beberapa pelantikan semula iaitu William Leong sebagai Bendahari Agung manakala Ahli MPP, Datuk Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan.
Fahmi dalam kenyataan susulan mesyuarat itu berkata Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama. Saifuddin turut dilantik sebagai Ahli Biro Politik.
Beliau berkata, Datuk Mustapha Sakmud juga kekal menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.
"Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti bekas Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan,” katanya.
Fahmi berkata, mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment