NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

B40, M40 paling terkesan perluasan cukai SST



JOHOR BAHRU – Kerajaan wajar mengkaji semula perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus dalam konteks makanan asas seperti buah-buahan import yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, langkah itu perlu kerana pelaksanaan tersebut akan memberi kesan kenaikan harga dan gaya hidup golongan B40 dan M40.

“Pada hari ini, buah-buahan import seperti anggur, epal dan oren tidak lagi dilihat sesuatu barangan yang mewah tetapi telah menjadi satu keperluan asas dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia untuk mencapai satu diet yang seimbang.

“Rakyat Malaysia memahami keperluan kerajaan untuk memperbanyak dan mempelbagai hasil negara namun dalam konteks makanan asas seperti buah-buahan, ia wajar dikaji semula atau sekurang-kurangnya ditangguhkan.

“Ini bertujaun agar tidak menimbulkan kesan kepada kos sara hidup dan tahap kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jimmy bimbang kenaikan harga buah import akan mengehadkan B40 dan M40 daripada memperolehi buah-buahan yang mempunyai pelbagai kandungan vitamin, nutrisi, mineral dan serat penting dalam diet seharian mereka.

“Bukan hendak menafikan kualiti yang ada pada buah-buahan tempatan tetapi dengan memberikan lebih banyak pilihan buah-buahan pada harga yang munasabah buat rakyat Malaysia bermakna lebih galakan kepada mereka untuk terus amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

“Dalam masa sama, kita harus mengakui pilihan buah import tertentu tidak mempunyai pengganti setara dalam pasaran tempatan baik daripada segi rasa, tekstur mahupun kandungan nutrisi,” ujarnya.

Baru-bari ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan kerajaan akan melaksanakan semakan kadar cukai jualan secara berskala serta perluasan skop Cukai Jualan bermula 1 Julai ini.

Barangan terpilih dan bukan keperluan akan dikenakan cukai jualan antara 5 hingga 10 peratus.

Sementara barangan keperluan seperti hasil pertanian segar, beras, minyak masak, roti, gula, ubat-ubatan dan bahan binaan akan terus dikecualikan daripada cukai.

Bagi barangan mewah seperti ketam raja, buah import, cendawan truffle, minyak pati dan kain sutera akan dikenakan cukai 5 peratus.

Barangan premium seperti basikal lumba dan n antik pula dikenakan cukai 10 peratus.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo