NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor kenal pasti 17 projek segera atasi banjir di Klang



KLANG - Kerajaan Selangor telah mengenal pasti 17 projek yang perlu dilaksanakan dalam kadar segera bagi mengatasi masalah banjir di kawasan seliaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, projek itu merangkumi kerja-kerja pelebaran longkang, pemasangan paip pembetung bagi laluan air serta menaik taraf jambatan melibatkan kawasan kampung serta pembangunan skala kecil yang tidak terancang.

Menurutnya, projek berkenaan akan dilaksanakan di 13 kawasan berisiko banjir seperti di Meru dan Pandamaran.

“Ada antara projek akan dimulakan seawal minggu ini dan dijangka siap menjelang Oktober dengan anggaran lebih RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 17 projek kadar segera ini.

"Pelaksanaan 17 projek ini akan dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam tempoh dua minggu dari sekarang kerana ada beberapa projek melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Kemajuan Infrastruktur bagi kawasan seliaan MBDK di Ibu Pejabat MBDK di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Izham berkata, projek tersebut akan diselaras Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti MBDK dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Projek-projek berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri mengurangkan banjir khususnya banjir kilat yang kerap berlaku sementara menunggu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan Klang siap sepenuhnya.

“Selain projek langkah segera, sebanyak 15 projek mitigasi banjir berbentuk jangka masa sederhana dan panjang melibatkan Kerajaan Persekutuan turut dilaksana dengan dana hampir RM45 juta,” ujarnya.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo