NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 300 kolam tadahan tidak bertuan dikenal pasti di Selangor




KLANG – Terdapat lebih 300 kolam tadahan yang tidak bertuan telah dikenal pasti di Selangor.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim memaklumkan bahawa kolam-kolam berkenaan dipercayai milik pihak ketiga, iaitu pemaju yang gagal menyerahkan kolam terbabit dan sebahagiannya tidak lagi mempunyai syarikat, menyebabkan kolam-kolam itu diabaikan.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya sedang mencari inisiatif untuk mengambil alih kolam tadahan terbabit secara berperingkat.

“Berdasarkan bancian, dianggarkan terdapat lebih 600 kolam tadahan di Selangor, tetapi hanya lebih 100 kolam yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), manakala yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak banyak.

“Kebanyakan kolam tadahan ini adalah milik pemaju yang dahulu tidak menyerahkannya, menyebabkan kolam-kolam ini terbiar dan diabaikan. Oleh itu, kami sedang mencari kaedah untuk mengambil alihnya, memandangkan tanah tersebut adalah milik persendirian. Kami tidak mahu masalah undang-undang timbul kelak.

“Kami memang ada rancangan untuk mengambil alih kolam-kolam tadahan ini secara berperingkat, dan beberapa tempat sekitar 55 kolam telah pun diambil alih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat membincangkan pelan tindakan mitigasi banjir di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai isu kolam tadahan yang pecah sehingga menyebabkan banjir kilat di Taman Seri Alam, Sungai Buloh baru-baru ini, Izham berkata, kolam berkenaan belum diserahkan dan masih di bawah seliaan pemaju.

“Saya berkeyakinan penuh isu ini akan diselesaikan. Kolam ini masih di bawah pemaju dan mereka belum menyerahkannya kerana projek belum selesai. Sekarang, kami hanya membantu bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

“Sebelum mereka menyerahkan kolam tersebut, JPS akan membuat penilaian untuk memastikan ia memenuhi piawaian yang ditetapkan sebelum kami menerimanya, dan banyak lagi proses lain yang perlu dilalui,” ujarnya.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo