NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR Sabah nafi dakwaan UMNO mengenai agihan kerusi PRN17



KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menafikan wujud sebarang perbincangan rasmi antara Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Barisan Nasional (BN) berhubung agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) seperti yang didakwa Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan UMNO Sabah yang mendakwa parti itu akan bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki 33 kerusi lagi akan diserahkan kepada PH.

“Beliau juga menyatakan bahawa PH dan BN telah mencapai persefahaman serta tidak akan berlaku pelanggaran agihan kerusi. Namun di peringkat PKR Sabah, tiada sebarang perbincangan rasmi atau tidak rasmi melibatkan bilangan agihan kerusi dibuat setakat ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR menjelaskan bahawa PH Sabah belum mengadakan pertemuan rasmi dengan BN mahupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkaitan isu kerjasama pilihan raya.

“Kami tidak tahu dari mana Suhaimi memperoleh angka 40 kerusi tersebut dan tidak pasti dengan siapa beliau berbincang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pimpinan UMNO Sabah tidak mengeluarkan kenyataan unilateral, terutama berkaitan kerjasama dalam menghadapi PRN17.

“Perundingan sepatutnya diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan seperti ini dikeluarkan,” katanya.

Bagaimanapun, Razeef menegaskan bahawa PKR dan PH Sabah kekal terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi yang sama demi kepentingan Sabah.

“Namun biarlah perkara ini dibincangkan secara rasmi dalam pertemuan yang sewajarnya,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa semua pimpinan dalam PH mengesahkan tiada perbincangan rasmi mengenai isu agihan kerusi dengan BN Sabah.

“Pemimpin BN Sabah berkali-kali mengeluarkan kenyataan seperti ini meskipun mereka tidak pernah mengadakan pertemuan dengan PH. Kita tidak tahu apa tujuan mereka terus membuat kenyataan tidak benar,” katanya.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo