NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan Nurul Izzah bukti PKR menyimpang jauh dari idealisme – Ramasamy



KUALA LUMPUR – Kemenangan Nurul Izzah Anwar dan sekutunya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa membuktikan bahawa parti itu menyimpang jauh daripada idealisme asalnya.

Sedangkan, PKR yang lahir daripada gerakan ‘Reformasi’ menentang dan mahu menghapuskan nepotisme yang berbudayakan naungan politik dan pemujaan individu.

Pengerusi Urimai, P. Ramasamy berkata, walaupun jawatan itu dipertandingkan, keputusan tersebut sekali lagi mencetuskan kritikan terhadap politik keluarga yang semakin berakar dalam PKR.

“Struktur kepimpinan parti kelihatan sangat bersifat dinasti—Anwar sebagai Presiden, isterinya Wan Azizah sebagai penasihat parti, dan kini anak mereka sebagai timbalan presiden. Bak kata pepatah politik Sri Lanka, “Perancangan keluarga telah sempurna.

“Meskipun ia merupakan pertandingan terbuka, Rafizi Ramli—tokoh popular yang dilihat membawa aspirasi reformasi dalam parti—ternyata tidak mampu menandingi kekuatan pengaruh nama keluarga Anwar. Bagi hampir 15,000 perwakilan yang mengundi, hubungan kekeluargaan Nurul Izzah dilihat mengatasi soal kelayakan, pengalaman, dan dasar.

“Secara ironik, parti ini kini mencerminkan ciri-ciri yang suatu ketika dahulu mereka mahu hapuskan: nepotisme, budaya naungan politik, dan pemujaan individu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ramasamy juga menyifatkan pentadbiran Anwar sebagai perdana menteri menyaksikan kemerosotan prinsip demokrasi dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila kontrak ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki disambung setahun lagi.

Ramasamy juga mempersoalkan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dengan alasan ia perlu untuk memburu “ikan besar” dalam perjuangan melawan rasuah.

Hakikatnya, banyak isu besar masih belum disentuh temasuk iada tindakan diambil dalam skandal rasuah besar di Sabah mahupun terhadap individu yang rapat dengan perdana menteri sendiri.

Bahkan, di bawah pentadbiran Anwar, SPRM dilihat semakin dipolitikkan dan menurut sesetengah pihak, dijadikan senjata untuk menekan tokoh pembangkang, pengkritik, malah waris kepada yang telah meninggal dunia.

Jelasnya, kemerosotan prinsip demokrasi dan integriti institusi ini telah menimbulkan kekecewaan mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya komuniti India.

“Dahulu penuh harapan bahawa kemunculan Anwar sebagai pemimpin negara akan membawa dasar yang lebih adil dan pengiktirafan yang sewajarnya, kini ramai berasa dikhianati. Komuniti ini, yang telah banyak berkorban demi pembangunan negara, terus terpinggir.

“Apabila jurang antara retorik dan realiti semakin melebar, begitu juga dengan kemarahan rakyat. Janji-janji reformasi yang gah kini hanya tinggal kata-kata. Slogan “reformasi” yang dahulu menjadi seruan perjuangan kini bergema kosong di tengah-tengah realiti nepotisme dan kepentingan politik,” ujarnya.

Dalam kenyataannya, Ramasamy turut mempersoalkan dengan perpecahan dalaman yang semakin ketara dan tekanan luaran yang semakin kuat, bolehkah kerajaan campuran ini bertahan sepenuh penggal.

Atau adakah gema jauh dari ketidakstabilan politik “gendang perang” sedang menandakan kehadiran satu lagi perubahan, katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo