PUTRAJAYA – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan berhubung pemilihan semula beberapa cabang parti itu.
Sebaliknya Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu hanya boleh disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
“Tanya JPP pasal pemilihan semula cabang-cabang yang terlibat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu Perdana Menteri hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiltri Kementerian Dalam Negeri.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media berhubung dakwaan Pemilihan Keadilan 2025 peringkat cabang bakal diadakan semula susulan bantahan dan aduan yang diterima JPP daripada calon kalah, baru-baru ini.
Seorang sumber tertinggi parti mendedahkan, setakat ini sebanyak tiga cabang akan berdepan pemilihan semula, melibatkan jawatan Ketua Cabang.
Kata sumber, antara cabang itu termasuklah Selayang, Jempol dan Silam. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment