NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Papan iklan skala besar ada kesalahan tulisan Jawi perlu diturunkan – Firdaus



KUANTAN – Ketua Dewan Pemuda Pas Paya Besar, Firdaus Ismail menggesa agar beberapa papan iklan berskala besar dengan kesalahan tulisan Jawi di sekitar kawasan itu perlu segera diturunkan.

Beliau mendakwa, tulisan pada papan iklan itu jelas menggunakan tulisan Jawi dalam bentuk yang tidak tepat, tidak kemas dan mengelirukan.

“Penggunaan tulisan Jawi yang tidak tepat terutamanya dalam papan iklan rasmi yang menjadi tatapan umum merupakan satu bentuk kecuaian yang tidak wajar diulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih membimbangkan, Firdaus berkata, papan iklan itu merupakan sebahagian daripada kempen Program Rakan Demokrasi : Kuasa Orang Muda (RDKOM) yang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Justeru, Firdaus menganggap kesilapan seperti itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak terlibat agar ia tidak menjadi kebiasaan.

“Pagi ini saya ambil langkah susulan dengan menghubungi KBS untuk sampaikan teguran dan gesaan agar semua papan iklan tersebut diturunkan dan disemak semula oleh pakar tulisan jawi.

“Pegawai di sana memaklumkan bahawa projek kuasaorangmuda.com itu berada di bawah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli,” katanya.

Beliau turut membuat aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam  (SISPAA) KBS dan berharap agar tindakan pantas dapat diambil pihak berkaitan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo