ALOR SETAR: Tohmahan Umno terhadap PAS dikira sudah keterlaluan dan mula membuat serangan peribadi terhadap Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, apabila gagal menangkis hujah Presiden PAS itu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Umno lebih rela bersama pihak yang terang-terangan menentang Islam.
Berbanding ujarnya, bersama pihak yang setia mengajak mereka kepada penyatuan ummah dan kembali kepada politik Islam sebenar.
“Tetapi saya berkeyakinan kelompok sebegini hanya segelintir dalam Umno iaitu yang masih tegar mengharapkan laba politik melalui pakatan songsang PH-BN yang mereka sertai.
“Termasuklah membenarkan jolokan ‘UmDAP’ tersebut,” katanya pada kenyataan, di sini, hari ini
Terdahulu, Umno melalui Umno Online telah memuat naik status di media sosial dengan kata-kata serta ungkapan menyerang dan mempersenda peribadi Ahli Parlimen Marang itu.
Kata-kata itu berbunyi ‘Hadi Awang ‘Walid Versi Politik’ PAS Seleweng Agama Demi Kuasa’.
Dalam pada itu, beliau juga berkeyakinan, terdapat ramai dari kalangan ahli dan pimpinan Umno yang sudah mula terbuka hati serta sedar melihat kerosakan yang berlaku di dalam parti itu sendiri.
“Kalau Islam bukan panduan untuk kita berpolitik, apa lagi yang harus menjadi ikutan? Apa pedoman Umno menghalalkan hubungan mereka bersama DAP malah sekadar dilalatkan pemimpin Umno yang tegar mempertahankan kebenaran?” soal beliau.
Dalam pada itu, soal Dato’ Ahmad lagi, kalau bukan Islam yang menjadi ‘pemandu’, apakah yang akan memandu Umno dalam berpolitik hari ini. – HARAKAHDAILY 24/4/2025
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment