NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Exco Perak sertai Pas



TAPAH – Bekas Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin mengumumkan menyertai Pas malam tadi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah dan Mantan Exco Perak itu menyerahkan borang keahlian parti itu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, dekat sini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pemuda Pas Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham yang juga selaku juruacara majlis.

Hadir sama ke majlis, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria.

Wan Norashikin pernah menjawat jawatan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri pada tahun 2020 ketika Perak diterajui kepimpinan Ahmad Faizal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Wan Norashikin tewas dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah

Zafrulazhan Zan dari Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 3,757 undi mengalahkan Wan Norashikin yang mewakili Barisan Nasional (BN), Mohd Safian Sauri Pandak Abd Samad (PEJUANG) dan Mohd Syamsul Alauddin (PH). – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo