BANGI, 6 RAMADAN – Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan apabila penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dijangka menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, penggubalan akta itu dibimbangi akan menyebabkan golongan miskin terus menjadi miskin manakala golongan kaya terus kaya.
Mengulas mengenai perkara itu, Dr Mahahtir menjelaskan bahawa golongan miskin yang terdesak sudah pasti akan menjual tanah miliknya kepada golongan kaya meskipun seluas kangkang kera untuk mendapatkan duit.
Beliau berkata, situasi ini menyebabkan orang miskin terpinggir di luar bandar manakala orang kaya memiliki seluruh bandar.
“Undang-undang pembaharuan bandar akan percepat proses ini.
“Apa terjadi kepada tanah orang miskin yang telah dijual?
“Orang kaya akan bangunkan tanah dengan kedai dan rumah mewah,” katanya dalam ciapan di X hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, situasi itu akan menyebabkan nilai tanah tersebut meningkat seterusnya mengakibatkan pemilik tanah asal berputih mata melihat tanahnya dijual dan menguntungkan pembeli yang kaya.
“Maka yang miskin jadi lebih miskin. Yang kaya lebih kaya,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment