NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kurma pemberian Shahaniza dibuang, UMNO ditolak di Negeri Pahang?



KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin terkilan apabila bungkusan kurma yang diberikan secara percuma kepada orang ramai dibuang pihak tertentu.

Dalam hantaran di Facebooknya, Shahaniza berkata, pemberian kurma sempena Ramadan itu tidak sepatutnya dibazirkan apatah lagi dibuang ke dalam tong sampah meskipun tidak sehaluan dari segi politik.

“Kot ya pun marah dan benci.. takkan sampai buang pemberian kurma sempena Ramadan, dalam Tong Sampah kot?

“Katanya (individu yang membuang kurma berkenaan adalah seorang) Ustaz..Imam.. tapi adab dan akhlak Islam jauh sekali ni. Dia lupa kot bahawa membuang makanan tanpa sebab yang munasabah boleh dikategorikan sebagai membazir (israf), dan ini dilarang dalam Islam:

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.”
(Surah Al-Isra’: 27)

“Jika makanan tidak mahu dimakan, adalah lebih baik disedekahkan, diberikan kepada orang lain, atau haiwan, daripada terus membuangnya.

“Tapi saya berlapang dada dan mengucapkan Jazakallahu khairan kathira kepada beliau. Moga Allah merahmati Ustaz sekeluarga. Amin,” katanya.

Menerusi ruangan komen di hantaran tersebut, Shahaniza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjelaskan, beliau memberikan kurma tersebut kepada orang ramai secara percuma tanpa mengira latar belakang politik.- MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo