JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menggesa agar perdebatan yang melibatkan tokoh agama dihentikan bagi mengelakkan ketegangan antara penganut pelbagai kepercayaan di negara ini.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, isu pertikaian antara agama yang berlarutan sejak kebelakangan ini dilihat semakin membimbangkan.
“Amanah melihat ada pihak tertentu yang bertindak sebagai ‘batu api’ dalam isu ini demi kepentingan peribadi mereka.
"Sikap ini hanya mengeruhkan keadaan dan bukannya membawa kepada penyelesaian. Malah, jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan kestabilan sosial negara," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu.
Sementara itu, Aminolhuda berkata, debat antara tokoh agama juga tidak sepatutnya diteruskan kerana ia lebih menonjolkan perbezaan berbanding mencari titik persamaan untuk perpaduan.
Tegasnya, pihak yang sengaja 'meruncingkan' isu ini wajar dikenakan tindakan tegas dalam usaha memastikan keharmonian negara terus terpelihara.
"Justeru, Amanah Johor menyeru kerajaan untuk mengambil langkah lebih agresif dalam mengekang sebarang bentuk provokasi perkauman agar perpaduan dalam negara terus terjamin," katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment