NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA minta bukti, setia pertahan Zamri Vinoth




BANGI, 6 RAMADAN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menegaskan pendirian mereka mempertahankan Zamri Vinoth dan meminta bukti sekiranya pendakwah itu menghina agama lain.

 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata tiada keperluan untuk menegur atau memberi amaran kepada Zamri selagi beliau tidak menghina agama lain.


“PERKASA hari ini tampil dengan pendirian yang tegas untuk pertahankan Zamri dalam isu ini.


“Jika ada beliau keluarkan kenyataan menghina agama Hindu, PERKASA mohon ditunjukkan bahagian mana beliau menghina agama lain,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan media susulan seruan Ketua Editor Ottran GK, Datuk G Kumaar Aamaan agar PERKASA menegur Zamri.


Katanya, PERKASA tidak akan membela semua agama kerana ia bertentangan dengan dasar mereka namun menghormati hak kebebasan beragama seperti dalam Perlembagaan.

 

“Untuk pengetahuan Kumaar, perjuangan PERKASA adalah untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.

 

“PERKASA juga dengan tegas tidak akan membela keadilan semua agama seperti seruan yang diminta kerana ia bertentangan dengan dasar perjuangan PERKASA.


“PERKASA mempertahankan kesucian agama Islam, bangsa dan tanah air daripada terus dipergunakan pihak tertentu,” katanya.

 

Kumaar dalam satu laporan di TikTok menyeru PERKASA bertindak tegas terhadap Zamri atas kenyataan yang tidak menghormati sensitiviti Hindu.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo