BANGI, 6 RAMADAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mendahului senarai 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan kepada semua penerima di Balairung Seri, Istana Negara.
Zaliha dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut dikurniakan SMW adalah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Noridah Abdul Rahim.
Pada istiadat itu Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang membawa gelaran Datuk.
Lapan lagi individu lain yang dikurniakan PMW ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman; Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Muhammad Razman Abu Samah.
Selain itu, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti, Zahid Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar; Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah dan Pegawai Undang-Undang Istana Negara, Zulharry Abdul Rashid.
Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah kepada enam individu, Kesatria Mahkota Wilayah (lima), Ahli Mahkota Wilayah (lima) dan enam individu dianugerahi Pingat Pangkuan Wilayah.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment