NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pegawai Teresa Kok direman berkait rasuah RM500,000

Dua suspek direman empat hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.



PETALING JAYA
Dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan kira-kira 9.30 malam pada 5 Mac ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 9 Mac selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan ‘interactive smart board’ kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

“Selain itu, siasatan juga akan menjurus kepada aspek pembekalan bagi mengesahkan penerimaan item mengikut kuantiti dan spesifikasi oleh sekolah berkenaan,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo