NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUPP Bantah Cadangan Kementerian Bukan Islam, Dakwa Usaha Terancang Kesamarataan Agama

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam cadangan seorang Ahli Parlimen DAP yang mencadangkan penubuhan sebuah Kementerian Bukan Islam, dengan menyifatkannya sebagai satu usaha terancang untuk meletakkan Islam pada kedudukan yang sama rata dengan agama lain di Malaysia.

Ketua DUPP, YB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yahaya, dalam satu kenyataan media hari ini, menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak masuk akal dan menunjukkan kelemahan pemahaman DAP terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan. Beliau menekankan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan, sementara kebebasan beragama untuk penganut agama lain tetap terjamin mengikut lunas perlembagaan.

Beliau juga mengingatkan bahawa sebelum ini pemimpin veteran DAP pernah mencetuskan kontroversi dengan membangkitkan isu Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu serta mencadangkan keanggotaan pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

“Kita melihat perkembangan ini sebagai satu perancangan sistematik untuk meminggirkan teras Melayu-Islam dalam Perlembagaan dan mengangkat agenda ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Tambah beliau, hak bukan Islam sudah pun terjamin dalam pentadbiran negara dan tiada keperluan untuk mencetuskan cadangan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

DUPP turut menegaskan bahawa rakyat akan menilai kegagalan kerajaan sedia ada dalam menangani isu-isu yang melibatkan pemimpin ultra kiasu dalam pentadbiran negara.

Kenyataan ini hadir di tengah-tengah pelbagai perdebatan mengenai kedudukan Islam dalam pentadbiran negara serta hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. - 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo