SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah mengejar jawatan Perdana Menteri, tegas Penolong Setiausaha Agung parti berkenaan, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Kenyataan tersebut sebagai respons terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi yang mempersoalkan cadangan Mohd Syahir melantik teknokrat sebagai Perdana Menteri, didakwa menggambarkan ketidakyakinan terhadap Abdul Hadi.
Mohd Syahir berkata, cadangan ‘Kerajaan Teknokrat’ pertama kali dikemukakan oleh Abdul Hadi menjelang Pilihan Raya Umum 2018, ketika negara berdepan dengan isu ‘Kerajaan Kleptokrasi’.
"Saya nasihatkan saudara Najwan, rajinlah buat ‘homework’ sedikit.
"Saya sekadar mengulangi cadangan tersebut dalam konteks Malaysia yang kini berdepan dengan ‘Kerajaan Kakistokrasi’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Najwan berkata, tindakan Mohd Syahir yang tidak menamakan Abdul Hadi sebagai calon utama untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan.
Dakwanya, parti lain dilihat lebih yakin dengan pemimpin masing-masing jika hendak dibandingkan dengan Pas.
Mengulas lanjut, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok turut mengingatkan pada tahun 2020, ketika timbul polemik mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri, Abdul Hadi dengan ikhlas menyatakan kesediaannya untuk kembali menjadi nelayan jika diperlukan.
"Itulah presiden parti kami. Presiden parti saudara, jauh berbeza dengan presiden parti kami. Bukan jawatan Perdana Menteri yang dikejar presiden kami,” tambahnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment