Keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam melantik tiga syarikat baharu sebagai pemeriksa kenderaan terus menimbulkan tanda tanya, terutama apabila kementerian itu menekankan bahawa faktor utama pemilihan adalah kestabilan kewangan syarikat, bukan pengalaman dalam bidang automotif.
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff, Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan ini, dengan menekankan bahawa lesen pusat pemeriksaan kenderaan bukan seperti lesen syarikat pinjaman kewangan.
"Hoi, ni lesen untuk buka pusat pemeriksaan kenderaan bagi menjamin keselamatan awam dan keselamatan jalan raya. Benda melibatkan nyawa rakyat kot," tegasnya.
Beliau mempertikaikan bagaimana tiga syarikat ini boleh melepasi tapisan sedangkan garis panduan MOT sendiri menetapkan bahawa pemohon perlu mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Namun, realitinya, ketiga-tiga syarikat ini tiada pengalaman dalam pemeriksaan kenderaan, malah ada yang baru ditubuhkan lapan bulan lalu.
"Kalau kepakaran atau pengalaman tak penting, baik tak payah buat garis panduan macam tu. Kalau syarikat-syarikat ini boleh lepas, bagaimana pula dengan sembilan lagi syarikat lain yang turut memohon? Adakah mereka lebih layak tetapi diketepikan?" soalnya.
Beliau turut mencabar Anthony Loke untuk mendedahkan senarai penuh syarikat yang memohon supaya dapat dinilai sama ada pemilihan tiga syarikat tersebut benar-benar berasaskan kelayakan atau sebaliknya.
Dengan pelbagai persoalan yang timbul, rakyat kini menantikan jawapan daripada Menteri Pengangkutan berhubung ketelusan proses pemilihan ini.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment