NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AMANAH lahir kononnya demi menjaga imej Islam




BANGI, 4 SYAABAN — Parti AMANAH menafikan mereka ditubuhkan hasil ilham pemimpin DAP sebagaimana dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

 

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata AMANAH ditubuhkan hasil pendekatan PAS yang membawa politik fitnah dan perpecahan. 

 

“Tujuan asal penubuhan AMANAH adalah untuk membawa rahmah kepada semua kaum dan membentuk sebuah negara yang bertanggungjawab serta telus.

 

“Hasrat kami lahir kerana PAS membawa politik fitnah dan perpecahan bertopengkan Islam dalam labelnya, bukan kerana kami disuruh oleh DAP.

 

“AMANAH lahir atas hasrat untuk menjaga nama baik dan imej Islam dalam amalan siasah politiknya bukan sebab cetusan daripada DAP,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kenyataan Sanusi mendakwa AMANAH dilahirkan oleh DAP.

 

Katanya, AMANAH adalah sebuah parti berpandukan kepada politik nilai dan bergerak dalam falsafah dan kerangka rahmah dengan mengambil semangat “Rahmatan Lil Alamin”.

 

“Saya mahu mengingatkan Sanusi supaya tidak keliru dengan dakwaannya bahawa AMANAH lahir daripada DAP seperti mana ramai daripada ahlinya dikelirukan oleh pemimpin PAS.

 

“Laporan polis sudah dibuat kerana dakwaan AMANAH dilahirkan oleh DAP mengukuhkan lagi naratif jahat perkauman yang dibawa oleh PAS.

 

“AMANAH yang akan berusia 10 tahun pada 16 September 2025 tetap istiqamah dengan cita-citanya untuk membawa rahmah kepada rakyat Malaysia,” katanya. 

 

Mujahid berkata tuduhan Sanusi itu satu dakwaan pelik tanpa kajian rapi yang hanya dibangkitkan demi bahan politik murahan bermotifkan perkauman sempit.

 

Katanya, walaupun AMANAH sebuah parti kecil tetapi mereka tidak membawa politik fitnah dan kebencian sebaliknya agenda rahmah dan kesatuan. 

 

“Sanusi boleh terus memperlekehkan apa sahaja yang tidak sebulu dengannya tetapi rakyat menatap setiap tutur kata dan tindakan Menteri Besar Kedah itu.

 

“Pentaksub PAS hanya akan mengulang fitnah bahawa AMANAH adalah DAP kerana kejahilan fakta.

 

“Namun hari ini panglima perang PAS berstatus menteri besar terbukti sah tarafnya semacam seorang pentaksub PAS bercakap tanpa fakta,” katanya. 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo