Setelah gelombang ketidakpuasan rakyat semakin lantang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil dengan pengumuman pemberian tol percuma secara bersasar untuk musim perayaan. Walau bagaimanapun, langkah ini menimbulkan perdebatan hangat, dengan ramai pihak menyifatkan pendekatan tersebut sebagai tindakan "penyelamat di saat akhir" yang tidak berpijak pada realiti sebenar rakyat.
Anwar menjelaskan, pemberian tol percuma yang bersasar ini bertujuan untuk meringankan beban golongan memerlukan tanpa memberi tekanan besar kepada kewangan negara. "Kita mahu memastikan golongan yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat ini," katanya.
Namun, alasan tersebut menerima kritikan daripada masyarakat. Ada yang mempersoalkan sejauh mana keadilan dan keberkesanan langkah ini. “Alasan pemberian tol secara bersasar ini sebenarnya tidak berpijak kepada realiti rakyat. Semua orang, tanpa mengira pendapatan, merasai tekanan kos sara hidup. Kenapa mesti pilih kasih dalam perkara seperti ini?” kata Azmi Rahman, seorang pekerja kilang.
Pandangan sinis turut muncul di media sosial. Seorang netizen menulis, “Kalau semua kena bayar tol, kos perjalanan tetap sama tinggi. Apa gunanya bersasar kalau ramai rakyat masih tersepit? Superman macam turun dari angkasa, tapi lupa tengok bumi dulu.”
Walaupun ada yang menyokong langkah ini sebagai lebih rasional, ramai berpendapat ia hanya usaha kerajaan untuk “memadam kebakaran” setelah rakyat mula bersuara. Dengan butiran pelaksanaan yang masih samar-samar, rakyat kini menunggu sama ada janji ini akan benar-benar memberi kesan atau sekadar langkah kosmetik semata-mata. -1Media.my
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment