NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPN Perjelaskan Isu Pemeriksaan Telefon

Ketua Polis Negara Perjelas Pemeriksaan Telefon Bimbit Hanya Terhadap Individu Disyaki

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan memeriksa telefon bimbit individu yang disyaki terlibat dalam kes jenayah tertentu. Beliau menjelaskan bahawa pemeriksaan tidak akan dilakukan secara rambang terhadap orang awam di tempat umum.

"Pemeriksaan hanya akan dilakukan jika terdapat maklumat, risikan, atau syak wasangka munasabah yang menunjukkan seseorang individu itu melakukan kesalahan atau jenayah. Ini menyebabkan individu itu dicurigai," kata Razarudin. Beliau menambah bahawa pemeriksaan sedemikian hanya akan dijalankan oleh pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas.

Razarudin turut menekankan bahawa pemeriksaan telefon bimbit dilakukan berdasarkan undang-undang sedia ada serta peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Langkah ini diambil untuk memastikan siasatan kes dapat dijalankan dengan baik sambil menghormati hak individu dan mengekalkan kepercayaan awam terhadap PDRM.

Sebelum ini, pada 13 Januari, Razarudin menyatakan bahawa hak polis untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan, termaktub mengikut Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penjelasan ini diberikan susulan kebimbangan orang ramai mengenai isu privasi dan hak individu berkaitan pemeriksaan telefon bimbit oleh pihak berkuasa. PDRM menegaskan komitmen mereka untuk menjalankan tugas dengan profesionalisme dan integriti, tanpa menjejaskan hak asasi rakyat.- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo