NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harta Anak Dr. Mahathir Cecah RM1 Bilion

SPRM Dedah Harta Anak Dr. Mahathir Cecah RM1 Bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa dua anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir, telah mengisytiharkan jumlah harta mereka kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Mokhzani memiliki aset bernilai lebih RM1 bilion, dengan nilai peribadi sekitar RM360 juta selepas ditolak liabiliti. Sementara itu, Mirzan mengisytiharkan harta berjumlah RM246.2 juta, termasuk nilai peribadi RM120 juta.

SPRM kini sedang menganalisis dan menyiasat pengisytiharan harta tersebut untuk memastikan pematuhan undang-undang dan ketelusan.

Selain itu, SPRM turut menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengesan aset keluarga Allahyarham Daim Zainuddin di luar negara. Kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa sedang diusahakan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan integriti serta memastikan ketelusan dalam pemilikan harta dan aset.- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo