NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM Nafi Produk Sandwich Ham & Cheese Miliki Sijil Halal

JAKIM Nafi Dakwaan Produk Sandwich Ham & Cheese Ada Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa produk 'Ham and Cheese Sandwich' mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati produk tersebut tidak memiliki SPHM, dan syarikat pengeluar juga bukan pemegang SPHM.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menegaskan bahawa penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal. Produk hanya boleh diperakui halal setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan, dan pemprosesan secara keseluruhan.

Terdahulu, syarikat pengeluar, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, mendakwa bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan sandwich tersebut memiliki pensijilan halal daripada JAKIM. Namun, JAKIM menegaskan bahawa penggunaan bahan mentah bersijil halal tidak secara automatik menjadikan produk akhir halal tanpa pensijilan rasmi.

Susulan itu, JAKIM menggesa para pengusaha agar lebih peka terhadap peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi mengelakkan perkara sebegini berulang. Tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) telah diambil oleh KPDN terhadap syarikat terbabit.- 1Media.my 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo