NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura untung lebih RM3 bilion setahun sejak Malaysia hentikan rundingan naikkan harga jualan air mentah – Tun Mahathir



  • “Dari penjualan ini, Singapura memperoleh keuntungan sebanyak RM3,312,375,000 (tiga bilion, tiga ratus dua belas juta, tiga ratus tujuh puluh lima ribu) setahun.“Sejak Malaysia menghentikan rundingan untuk menaikkan harga jualan air mentah, kita secara efektif telah mensubsidi Singapura dengan jumlah yang dinyatakan setiap tahun,” jelas Tun Mahathir.
  • Perjanjian Air Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada 2061, memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Singapura peroleh keuntungan lebih RM3 billion setahun sejak Malaysia menghentikan rundingan untuk menaikkan harga jualan air mentah kepada negara tersebut.

Perkara itu dinyatakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaranFacebook-nya hari ini.

Menurut Tun Mahathir, Malaysia secara secara efektif telah mensubsidi Singapura dengan jumlah yang dinyatakan setiap tahun.

“Dari penjualan ini, Singapura memperoleh keuntungan sebanyak RM3,312,375,000 (tiga bilion, tiga ratus dua belas juta, tiga ratus tujuh puluh lima ribu) setahun.

“Sejak Malaysia menghentikan rundingan untuk menaikkan harga jualan air mentah, kita secara efektif telah mensubsidi Singapura dengan jumlah yang dinyatakan setiap tahun,” jelas Tun.

Tun Mahathir mengulas perkara berkenaan susulan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mencadangkan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat pemisahan Singapura.

Namun jelas Tun Mahathir, peristiwa itu berlaku sudah lama dan kebanyakan individu yang terlibat kini sudah tiada.

“Apa yang lebih relevan adalah penjualan air mentah yang berterusan pada harga 3 sen bagi setiap 1000 gelen kepada Singapura,” kata mantan Perdana Menteri itu.

Perjanjian Air Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada 2061, memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen. – The Merdeka Times







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo