NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peristiwa Isra Mikraj : Penghuni Neraka


Soalan: Di dalam peristiwa Israk Mikraj ada disebut ciri-ciri kaum wanita penghuni neraka. Bagaimana pula ciri-ciri penghuni neraka bagi kaum lelaki?
 
Ustaz Azhar Idrus:
 
Memang Nabi ada sebut yang penghuni ahli neraka ramai dari kalangan wanita, tetapi orang lelaki jangan sedap hati sangat sebab orang lelaki pun ramai juga yang masuk neraka kerana banyak sebab. Contohnya:
 
* Penjenayah. Tengok kes-kes jenayah sekarang, ramainya dari kaum lelaki ke kaum perempuan? Rompak bank, ragut, pecah rumah, curi tabung masjid, curi kereta, curi motor, ... tu bukan set-set awek yang buat, tapi yang ramainya set-set lelaki.
 
* Suami yang tidak adil dalam nafkah pada isteri. Contoh, dia makan tomyam udang di kedai tapi bungkus roti canai kosong saja untuk isteri. Dia selalu makan sedap-sedap diluar, tapi isterinya di rumah makan biasa-biasa saja. Ini tidak boleh. Sedangkan bagi seorang hamba pun, wajib atas tuannya memberi makan seperti apa yang tuan dia makan.
 
* Suami yang tipu nafkah isteri. Ini ramai. Contohnya dia suruh isteri dia bayar yuran sekolah anak, yuran tadika, bil api, bil air; manakala suami pula bayar sewa rumah, pinjaman kereta, petrol, makan-minum. Ini tidak boleh kerana nafkah yang wajib itu atas suami, melainkan isteri redha.
 
* Ada juga suami yang hutang duit maskawen (atau belanja kahwin) sebab dulu tak cukup duit, jadi separuh dia pinjam duit isteri dulu, tapi tak bayar sampai sekarang. Ini haram dan berdosa kerana maskawen itu hak isteri.
 
* Suami yang biarkan isteri keluar rumah dedah aurat. Ini suami dayus. Orang dayus tidak boleh cium bau syurga. Habis tu suami pergi ke mana kalau tak masuk syurga? Balik ke dunia masuk hotel Grand Con? Jawabnya, masuk kotak. Kotak apa? Oven api neraka. Nauzubillah.
 
* Suami / ayah yang tidak memberi isteri dan anak-anak didikan agama, hal-hal berkenaan aqidah, hukum halal haram, ajar solat dan sebagainya.
 
* Ayah yang biarkan anak perempuan dia dibawa lelaki bukan mahram keluar ke sana ke mari. Sedangkan beruk kalau orang ambil anak dia, dia akan terkam. Lebih baik beruk pulak dari ayah yang jenis macam ni.
 
Jadi, orang lelaki pun mudah masuk neraka. Berat tanggung-jawab. Dah la dosa dia sendiri banyak, pastu kena tambah lagi dosa anak dan isteri atas kepala dia, sebab kelalaian dia. Di akhirat dia akan disoal satu per satu perihal anak-anak dan isteri dia...


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo