BANGI, 3 Rejab — Ahli Parlimen Pasir Gudang mempersoalkan sama ada PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Perdana Menteri akur titah adendum.
Hassan Karim berkata Perdana Menteri terus diasak UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas memberikan lepas dan bebas (DAA) kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Apakah ahli dan penyokong PH dan PKR serta rakyat Malaysia akan tetap menyokong Anwar sebagai pemimpin mereka jika Anwar dalam dilema yang kedua?
“Bersabit soal Datuk Seri Najib Razak, maka Anwar selaku Perdana Menteri tetap mengalah terhadap desakan UMNOBN yang kini disokong oleh PAS dan BERSATU,” soalnya.
Satu himpunan bagi menyatakan solidariti terhadap Najib akan diadakan Isnin ini di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.
Himpunan yang bakal dihadiri penyokong UMNO dan PAS itu bagi mendengar keputusan Mahkamah Rayuan sama ada membenarkan Najib menyemak titah adendum.
Hassan berkata perhimpunan yang dianjurkan UMNO Isnin ini tidak lain bertujuan bagi menekan Anwar mendesak Najib dilepaskan dan diberi tahanan rumah.
Katanya, Anwar sebelum ini pernah mengalami dilema yang sama apabila memberikan DNAA kepada Zahid untuk kekal berkuasa.
“Adakah Anwar demi mengekalkan kuasa akan melakukan hal yang sama seperti apa yang diperolehi Zahid hadiah berganda DNAA bagi 47 kesalahan rasuah pertama.
“Lepas dan Bebas (DAA) tanpa bicara kerana pertuduhan digugurkan sebagai hadiah kedua bagi 40 pertuduhan rasuah juga?
“Jadi disinilah letaknya dilema Anwar. Apakah ia sebagai Perdana Menteri perlu berlembut terhadap Najib?” soalnya.
Beliau berkata Anwar kini berada dalam fasa dilema bertimpa-timpa ekoran kes rasuah Zahid dan titah adendum Najib.
Katanya, Anwar dan Zahid saling terhutang budi dan dilema sama sedang melanda apabila desakan memberi tahanan rumah kepada Najib.
“Anwar dalam dilema bertimpa-timpa. Kasihan saya pada Anwar, pemimpin parti saya dan sahabat saya.
“Sekarang Anwar dalam dilema. Dilema pertama ialah timbalannya dalam kerajaan iaitu Zahid. Dilema Anwar yang kedua ialah Najib.
“Kasihan saya kepada Anwar yang jadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang di mana Najib menuntut dibebaskan dari penjara dengan diletakkan dalam tahanan di rumah,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment