Ketika ini, penghuni hotel empat bintang ke atas dikenakan cukai RM3 manakala RM2 untuk premis penginapan tiga bintang ke bawah.
Datuk Bandar Rajendran Anthony berkata kenaikan itu dicadangkan menampung perbelanjaan bagi mempromosi dan meningkatkan kemudahan pelancongan.
“Kita telah mempertimbangkan untuk kenaikan itu sejak dahulu. Saya tidak boleh beri jumlah tepat tetapi kenaikan mungkin pada kadar 50%,” katanya ketika ditemui selepas perasmian hotel di Lebuh Farquhar.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang turut hadir pada majlis itu berkata caj dikenakan itu telah membantu menampung perbelanjaan promosi dan pembangunan kemudahan.
Menurutnya, langkah itu selaras dengan permintaan Pulau Pinang sebagai destinasi terkemuka pelancongan.
Menerusi jawapan pada sidang DUN, dianggarkan RM72 juta dikutip oleh MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) sejak caj cukai kerajaan tempatan dikenakan terhadap pengunjung hotel sejak diperkenalkan pada 2014.
Pada 2014, RM3.7 juta telah dikutip yang meningkat kepada RM8.6 juta setahun kemudiannya.
Trend peningkatan itu berterusan pada 2016 dengan kutipan berjumlah RM9.4 juta dan RM9.8 juta pada 2017.
Bagaimanapun jumlah itu menurun sedikit kepada RM9.6 juta dan RM9.4 juta, masing-masing pada 2018 serta 2019.
Semasa pandemik Covid-19, jumlah itu jatuh mendadak kepada RM3.5 juta pada 2020 manakala hanya RM92 setahun kemudiannya.
Pembukaan sektor pelancong mendorong peningkatan kutipan kepada RM3.8 juta pada 2022 dan mencecah rekod RM10.6 juta pada 2023.
Dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu, kerajaan negeri telah mengutip RM8.6 juta.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment