![]() |
Anggota tentera Lubnan bertugas ketika lima penduduk Kfarkila di selatan Lubnan cedera akibat tembakan tentera Israel pada Ahad. Foto REUTERS |
ANKARA - Lima penduduk Kfarkila di selatan Lubnan cedera akibat tembakan tentera Israel pada Ahad ketika mereka cuba kembali ke kampung halaman, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik agensi berita rasmi Lubnan.
Insiden itu berlaku walaupun tarikh akhir pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan telah berakhir.
Israel sebelum ini menyatakan bahawa pengunduran mungkin mengambil masa lebih lama daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan.
Sehingga Jumaat, tentera Israel telah melanggar gencatan senjata sebanyak hampir 660 kali sejak ia dikuatkuasakan pada akhir November lepas.
Lubnan dan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata pada 27 November untuk menamatkan lebih 14 bulan pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Lubnan, Hizbullah.
Data daripada Kementerian Kesihatan Lubnan menunjukkan sejak serangan Israel ke atas Lubnan bermula pada 8 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 4,068 orang terkorban, termasuk wanita, kanak-kanak, dan petugas kesihatan, manakala 16,670 orang cedera. - Bernama/AA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment