NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PBS sesat di jalan terang - Bung Moktar




Bung Moktar Radin menyifatkan gesaan Ketua Pemuda PBS, Cristopher Mandut agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah sebagai "sesat di jalan yang terang".

Kata Bung Moktar, bukan dia yang patut meletak berundur kerana jawatan ketua menteri Sabah disandang oleh Hajiji Noor.

"Dia (Cristopher) sesat di jalan yang terang, sebab rakyat minta supaya ketua menteri berhenti, bukan pengerusi parti.

“Kalau pengerusi PGRS (Parti Gagasan Rakyat Sabah), sampai mati pun dia peganglah.

"Tapi ini jawatan ketua menteri, Umno minta supaya dia (Hajiji) berhenti, bukan ketua parti. Saya hanya ketua parti.

"Itu ketua pemuda GRS, suruh dia belajar dululah. Jangan main politik kalau tak ada akal," katanya sebelum beredar sambil ketawa.

Semalam, Mandut meminta Umno Sabah untuk "melihat diri di hadapan cermin" selepas sayap pemudanya meminta Hajiji berundur susulan dakwaan rasuah.

Ketua Pemuda PBS itu menegaskan Bung Moktar dan isteri, Zizie Izette Abdul Samad juga terpalit dalam kes rasuah berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

"Jika Sabah Umno mendesak pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) untuk meletakkan jawatan, pengerusi mereka sendiri juga seharusnya berundur bagi membolehkan siasatan yang telus dan bebas dijalankan ke atas dakwaan rasuah beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Gesaan agar Hajiji berundur juga datang daripada Pemuda Umno Malaysia menerusi ketuanya, Akmal Saleh.

Akmal berkata Hajiji perlu berundursekiranya SPRM percaya ada merit dalam dakwaan rasuah terhadap ketua menteri Sabah itu atau anggota pentadbirannya.

Hajiji dan anggota pentadbirannya menjadi tumpuan selepas seorang pemberi maklumat mengeluarkan beberapa video yang didakwa mengandungi perbincangan beberapa orang Adun berbeza berhubung dakwaan rasuah yang diberikan kepada mereka untuk mendapatkan lesen cari gali mineral.

Semalam, ketua menteri itu sekali lagi menafikan dakwaan rasuah itu dan menyifatkannya sebagai cubaan untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri dan mencemarkan nama baiknya.

Sebelum ini, Umno Sabah menafikan mempunyai kaitan dengan pemberi maklumat berkenaan.




Sumber | Malaysiakini 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo